Thursday, September 9, 2010

SALAM KESABARAN DI HARI LEBARAN




Assalamualaikum WBT,

Salam pertemuan, lama sungguh tidak menulis dalam blog ini, membuatkan aku malam ini pada malam raya 9 September 2010 bersamaan dengan hari khamis ini aku nak menulis jugak.

Ya Allah, terima kasih atas segala kurniaan yang diberi. Sangat bersyukur ok. Tak sangka aku dah ada apa yang diimpikan selama ini. Mulai skrg aku dah buleh kurangkan kebergantungan aku kepada orang lain untuk bergerak. Alhamdulilah.

Banyak yang terjadik, mendapat pekerjaan yang serba-serbi mencabar, kadangkala mengganggu-gugat hidup aku, dalam hati aku terfikir? Inikah yang aku cari selama ini? Sekali lagi hanya Allah yang Maha Mengetahui. Moga betullah apa yang berlaku. Sebab aku selalu percaya, susah2 arinie adalah untuk kesenangan masa hadapan. Biar aku bersakit arinie, mungkin ‘kesakitan’ ini akan menyebabkan aku lebih tenang dan aman di hari kemudian. InsyaAllah. Berdasarkan prinsip, “Allah beri rezeki itu adalah yang terbaik untuk kita” aku masih bertahan. insyaAllah.

Rungut banyak2 pun tidak berguna, lebih bagus aku berfikir untuk bergerak ke hadapan, moga hidup ini lebih elok untuk masa hadapan. Mungkin persekitaran kerja aku sebelum ini lebih banyak memihak kepada aku, sekarang itu semua dah berubah, suasana lebih mencabar, lebih banyak cabaran yang baru aku perlu hari-hari.

Nama ‘pembeli’ ini aku tanggung lagi 2 tahun. Moga aku dapat tanggung. Kalau orang lain boleh, kenapa tidak aku? Itu sahaja ayat2 yang buat aku bertahan sampai ke hari ini. Alhamdulilah sejak 2-3 minggu ini kerjaku semakin senang, entah mungkin aku dikurangkan kerja atau aku dah boleh handle kerja. Bagi aku kedua2 sekali. Moga ini member masa untuk aku kerja dengan lebih elok lagi pada masa hadapan. Apa yang penting azmi, ikhlaskan hati anda, jangan hipokrit, buat kerja kerana Allah Taala, untuk aku mencari rezeki yang halal. Untuk aku member keselesaan kepada keluarga yang tercinta.

Sabar, itu sahaja huruf2 yang aku perlu tanggung setiap hari, moga aku boleh tanggung lagi 2 tahun, tapi percayalah 2 tahun itu tidaklah lama mana, gedebak gedebuk dah dua bulan lebih aku berada di sini. Environment yang cukup mencabar minda dan hati.

Mungkin bagi ‘mereka’ ini nampak seperti aku tidak serius untuk bekerja, tp percayalah aku cukup komited untuk bekerja. Maybe aku nampak benda itu spt remeh, dan membiarkannya sahaja. Tp jangan risau, aku akan selesaikannya walaupun tidak sebaik mana. Aku tidak mengaharapkan pujian melangit, cukup sekadar dapat mendengar “Azmi, jangan buat kesalahan lagi, cuba buat yang terbaik untuk masa hadapan”, tapi mereka ini bukannya manusia yang betul2 faham. Buat sekali kena betul, then kalau salah, wajib kena maki. Hmmmm......

Xapalah azmi, maybe ini tempat yang terbaik untuk hang, mana tau mmg sini adalah tempatnya. Bukannya aku mintak sini saja, byk lagi tempat lain yang aku minak. Dah mmg Allah Taala letak rezeki aku kat sini. Kan? Betul tak?

Sabar? Kalau dah terbawa-bawa sampai ke mimpi tuh dah mmg problem kan? Harapnya aku leh handle dengan sebaik mungkin “hal” ini dan dapat laluinya setiap hari.

Terima kasih untuk semua, aku taknak org nampak aku sebagai manusia yang lemah, mulai lepas cuti ini aku nak tgk org lihat aku, and respect aku. Itu yg penting. Moga Allah Taala member kelapangan kepada aku. (Pandai hang azmi noh bila susah hati baru teringat tuhan kan? Kelesss)

Ya, sempena lebaran yang nak disambut untuk esok, aku ucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin kiranya ada tersalah silap bahasa yang aku telah tuturkan kepada ampa. Aku sedar aku sgt suka melawak, kekadang amat over. Tp percayalah, ) 0% yang tersimpan dalam hati aku. Semua aku dah buang selepas abis percakapan.

BUAT KAWAN2, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.




1 comment:

Zai said...

Selamat Hari Raya, Azmi!!!

Korang Add la Saya di Facebook yer....TQ.