Tuesday, November 24, 2009

Azmi Tanam Impian? Biar betol....













Salam Pertemuan,



Lamanya aku tidak menulis. Ya, wajibnya kerana adanya facebook sekarang. Betol2 menyebabkan aku tidak ada idea bernas nak diletakkan kat blog aku yang xberapa nak femes nie…Xpa malam nie aku akan menulis.


Cerita malam nie nak mengisarkan tentang mcm2. Bermula dr cerita di mana aku telah menghabiskan masa belajar aku kat usm, aiyoooo sungguh sekejap yer masa berlalu, aku dah abihkan dua tahun setengah untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dalam major kewangan. Walaupun tidakla dengan jayanya sgt, tp Alhamdulilah aku ada jgk sekeping ijazah, yang mana pada mulanya aku merasakan aku mungkin x akan ada. Sapa yang tau sejarah aku kat UiTM, maybe akan paham kenapa aku xnak amik dah degree. Tp itula dinamakan rezeki, rezeki yang Allah Taala bagi kat aku then aku sebagai manusia nie patut bersyukur sangat2 kat Dia.



Praktikal akan start pada bulan 12 nie, Alhamdulilah aku dapat PDC (Penang Development Corporation), aku pon xsangka sgt aku leh dapat, mein mintak ja actually. Xsangka plak nak dapat kan. Yang ditunggu dan menagih janji kat aku punya company xplak nak panggil yer, penipu sgt.


Aku? Aku still mcm aku, masih hidup dengan aman damai walaupun dah xdok kat Desasiswa Aman Damai dah, hehehe. Alhamdulilah atas kurniaan yang diberi, hanya itu yang aku mampu panjatkan kesyukuran atas nikmat yang telah diberikan kepada aku.



Aku tengah menanam satu impian. Nampaknya impian tu mcm nampak ada hasilnya walaupun tidaklah memberangsangkan. Moga impian itu menjadik kenyataan. Banyak kawan2 aku yang tak tahu, aku pon xmau nak menggembar-gemburkan sangat, takut tak xmenjadik, yer la ’impian’ nie pon bukan 1st time datang. Ianya pernah datang 4-5 tahun lepas, then skrg dia datang lagik. Aku pon xpenah nak memuja atau merayu dia datang, tp perasaan ini tiba2 muncul. Alhamdulilah, cuma kali nie aku harap sgt2 ISTIQAMAH tu akan berterusan, jgn hangat2 taik ayam yer azmi. Blog ini akan menjadik bukti bahawa aku masih mampu bertahan.



Kepada kawan2 yang selalu memberi sokongan, aku ucapkan terima kasih. Sayang anda semua, moga apa yang korang n aku hajatkan akan menjadik satu kenyataan. InsyaAllah na, jika ada dengan izin Allah, maybe aku akan tercapai impian itu. Tekad, redha dan tabah (mcm lagu la plak) yang tu perlu aku tanamkan skrg. Korang nak tahu apa impian itu?? Biarlah rahsia. Moga nanti keputusannya positif. Sama2 doakan yer.



Pernah satu masa aku dah give-up, mampos jer apa nak jadik, dulu masa aku tanam impian tu pun dengan tekad diri sendiri, tidak ada satu sebab pon, percayalah. Tp mungkin kali nie aku lebih tekad dengan apa yang nak dibuat. Apa yang aku harapkan skrg? Kawan2 yang beri sokongan kat aku...biarlah ianya tampak sgt negatif ataupun positif, aku terima dengan hati yang sgt redha.

Sekejap sahaja lembaran kali ini aku menaip. Mungkin dah terlalu lama tidak menulis, jadik tergedik2 nak menulis kan...hehehe.....salam sayang buat semua pembaca blog nie..sayang anda semua. Peace y’all.

No comments:

Korang Add la Saya di Facebook yer....TQ.